Posts

Showing posts from 2012

Tips Memandu Menjelang Raya 2012

Salam kepada semua pembaca, Menjelang Hari Raya Idil Fitri, pastinya masing-masing bersiap sedia untuk pulang ke kampung. Bagi yang tiada kampung, tentunya akan melawat rakan taulan. Justeru itu, berikut adalah panduan sebelum memulakan perjalanan yang saya garap dari pengalaman sendiri dan perkongsian rakan-rakan. Beberapa perkara yang diharap menjadi panduan kepada saudara/i apabila ingin berjalan jauh; 1. Pastikan lampu suluh sentiasa ada dalam dashboard dan berfungsi. Sebaiknya sediakan 2 unit. 2. Mempunyai pemantul cahaya 'triangle'. Ia perlu diletak dalam jarak 10 - 30 meter di belakang kenderaan apabila berlaku breakdown. 3. Mempunyai talian telefon bimbit yang luas liputannya. Sebaiknya ada 2 jenis talian telco. Kalau ada Radio Amatur lagi bagus. 4. Payung. 5. Air kosong dan makanan seperti biskut. 6. Servis kenderaan sepenuhnya sebelum memulakan perjalanan. Servis di sini maksudnya buat pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh (enjin, tayar dan tayar spare

Khutbah Jumaat

Salam Blog kali ini bukan pasal nak ulas khutbah jumaat. Jumaat tadi solat di sebuah masjid di batu pahat. Kelihatan beberapa kumpulan pelajar sekolah dengan pen dan buku tulis di tangan.  Apabila ditanya, katanya untuk membuat catatan khutbah jumaat.  Bagus, kata hatiku. Ditanya lanjut dan dijawab bahawa untuk hilangkan ngantuk.  Ingatkan cikgu nak soal kemudian. Lalu terlintas di fikiran.  Mengapa tidak pihak masjid dan sekolah mengadakan peraduan/pertandingan menulis ulasan khutbah oleh para pelajar yang hadir bersolat jumaat?  Setiap bulan diadakan peraduan tersebut dan pelajar hantar melalui emel ke pihak pengurusan masjid dan sekolah (teknologi ICT dimanfaatkan sebaiknya di sini).  Pelajar yang menghasilkan ulasan paling menarik dan berisi pada setiap bulan akan beroleh ganjaran.  Mungkin dalam bentuk wang tunai atau apa sahaja. Objektifnya agar pelajar akan memberi tumpuan kepada khutbah dan sekali gus melatih hadirin, khusunya generasi muda menghayati isi khutbah. N

Derma - kutipan derma

Ya... Ini adalah sebahagian daripada catatan hasil pemerhatian. Saya pasti anda pernah atau sering didatangi lelaki meminta derma. Ada derma OKU, rumah orang tua atau untuk rumah anak yatim. Dalam penulisan ini saya ingin fokus lebih kepada orang Melayu Islam yang lazimnya meminta derma dengan membawa bersama resit dan tidak ketinggalan fail. Apa dalam fail? Antaranya surat perakuan dan surat izin dari pelbagai pihak berkuasa yang mengizinkan mengutip derma. Apakah surat-surat tersebut 'valid'. Susah nak cakap. Anything is possible nowdays. Dalam pada itu, saya dapati pelajar-pelajar universiti yang mengendalikan sesuatu projek sering juga menghubungi syarikat untuk mengutip derma. Lalu saya terfikir. Mengapa tidak di sebalik meminta atau mengutip semata-mata daripada orang ramai, mereka menjual sesuatu. Ya, sesuatu sebagai bahan jualan. Terserahlah kepada orang ramai nak beli dengan berapa harga sekalipun. Secara langsung akan menggalakkan budaya berniaga atau dengan p

Mari tonton

Salam semua. Nampaknya banyak sekali muvi baru sedang dan bakal muncul di panggung wayang gambar a.k.a pawagam. Antara yang penulis tunggu ialah The Avenger.  Maklumlah ada pelbagai watak superhero semasa penulis di alam kanak-kanak lagi.  Filem lain pula seperti Wrath of the titan, The hunger games dan lain-lain. Hujung minggu nanti penulis bakal menonton Battleship bersama famili.  Ramai yang rekomen.  Alasannya ia umpama sub kepada filem Transformer. Nantilah, akan penulis bagi ulasan selesai menonton Battleship nanti. Selamat berblog. matshi