Motivasi di Awal-awal Pagi.... Siapa nak dengar ?

Topik kali ini bersangkut sangat dengan karakter seorang usahawan.

Abang saya, seorang motivator keusahawanan, Dr.Mohd.Amir Sharifuddin di sekitar tahun 2000 sering muncul di TV1 dan radio seawal jam 7.30 pagi, bercakap berkenaan motivasi keusahawanan.  Saya pernah sekali mengikutinya ke studio RTM pada satu masa, semata-mata untuk melihat bagaimana keadaan 'live telecast' ketika itu.

Awal pagi ?  Siapa yang buka TV atau radio pagi-pagi hari.  Kalau nak ramai audien, keluarlah dalam pukul 10 pagi.  Bukan ke masa tu ramai pendengar dan penonton?  Macam mana nak jadi terkenal kalau awal sangat?  Itulah sebahagian daripada pertanyaan seorang yang masih mentah dalam dunia keusahawan tatkala itu.

Yang peliknya, sering juga apabila saya bersamanya, ada beberapa orang menegurnya di perjalanan.  Dan kebanyakannya adalah peniaga dan usahawan.  Femes jugak abang aku sorang ni.

Akhirnya, persoalan saya itu terungkai dengan sendirinya.  Dan saya  harap, jika abang saya membaca blog ini, beliau juga akan turut bersetuju.

Motivasi, ya, motivasi.  Mengikut Kamus Merriam-Webster;
: the act or process of giving someone a reason for doing something : the act or process of motivating someone
: the condition of being eager to act or work : the condition of being motivated
: a force or influence that causes someone to do something

Dalam bahasa mudahnya, gesaan yang kuat untuk melakukan sesuatu dengan kadar segera dan bersemangat.

Baru saya sedar beberapa tahun kemudian bahawa mereka yang bangkit di awal pagi adalah mereka yang betul-betul menghargai masa yang berjalan.  Merekalah golongan usahawan.  Mereka yang bangun awal pagilah yang benar-benar ingin mencari rezeki dan mereka inilah yang perlu mendapat ilmu dan motivasi.  Bak kata mat salleh, the early bird gets the worm.  Mereka inilah yang layaknya diberi motivasi agar hasil yang dibawa pulang kelak lebih baik.


(Image credit to ....../genius.com/Usher-she-came-to-give-it-to-you-lyrics#note-3404115)

Maka, jika anda ingin mengikuti sebarang program motivasi, bangkitlah awal pagi.  Bagi yang memandu, kekadang ada rancangan motivasi pagi terutama di radio IKIM sekitar jam 7.40 pagi.

T.kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Bakal Pelajar Latihan Industri (Internship)

100 Tips Usahawan : Tip #013 “Sinki/Basin”